Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 13

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR : BAS STOP

Apa anda rasa sekiranya terdapat bas stop sebegini kat Malaysia? Adakah anda akan tidur dulu sebelum naik bas, lepak dari pagi hingga ke petang ataupun jadikan tempat ini tempat tinggal anda. Jangan tak percaya,bas stop sebegini memang wujud dan setakat ini hanya didapati di UNST bahagian Utara Kepulauan Shetland SCOTLAND.


Ini adalah hasil inisiatif dan usaha para penduduk di salah sebuah kepulauan di SCOTLAND seramai 614. Pada permulaannya hanya terdapat Sofa dan meja sahaja,lama-kelamaan ia dihiasi dengan TV dan seterusnya.Terletak Baltasound,kini Bas Stop ini menjadi tarikan buat pelancong..

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 12

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR | BASIKAL BERTAYARKAN TRAKTOR


Sanggupkah anda untuk menaiki basikal ini sambil bersiar-siar di Taman? Hasil ciptaan Wouter van den Bosch 29, seorang pelajar seni dan bekas Mekanikal Engineer daripada Arnhem,Belanda telah merekacipta sebuah basikal yang unik yang diperbuat daripada barangan hasil pemberian daripada  rakan-rakan  dan Syarikat jentera berat.


Basikal yang seberat 450Kg ini telah membuat beliau menjadi bintang Youtube dalam sekelip mata gara-gara rakam beliau menaiki Basikal Tersebut dipaparkan dalam Youtube. Lebih 600,000 hits telah beliau perolehi bila video rakaman beliau ditonton oleh pelayar internet seluruh dunia .

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 11

The story BEGIN..

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR | SENI DARI HUJUNG MATA PENSIL



Keunikan seni yang terhasil menarik perhatian aku. Apa yang boleh aku katakan mengenai seni yang terhasil adalah,ia cukup berseni sekali kerana ketelitian menghasilkan seni bagi aku begitu sukar sekali. Penghasilan memerlukan konsentrasi yang amat tinggi dan masa yang begitu lama untuk menghasilkan Seni Seumpamanya.

POKOK KRISMAS DIHUJUNG MATA PENSIL

Dalton Ghetti ARTIS yang menghasil seni yang menakjubkan ini telah meluangkan masa 2 setengah tahun untuk menghasil setiap satu hasil karya beliau  dengan menggunakan hujung mata pensil sebagai bahan untuk mencipta seni beliau. Beliau telah menceburi bidang ini selama 25 tahun setelah obses dengan seni ini sejak dari sekolah lagi.

KASUT KULIT ATAS KAYU

Setakat ini beliau telah menghasil lebih kurang 100 hasil seni melalui hujung mata pensil dan kebanyakan hasil seni ini tidak dijual. Dalam penghasilan seni ini beliau berkata bahawa ia lebih kepada MEDITASI buat beliau kerana setiap penghasilan seni ini beliau memerlukan suasana sunyi tanpa musik dan beliau memberi tumpuan yang maksimum untuk menghasilkan seni yang terbaik.

WAJAH RAJA ROCK & ROLL - ELVIS PRESLEY

Apa yang memeranjatkan saya adalah setiap ciptaan beliau ini terhasil tanpa menggunakan Kanta Pembesar. Begitu menakjubkan seni yang terhasil teramatlah kecil namun dengan tumpuan sepenuhnya tanpa bantuan dari alat Pembesar,beliau telah berjaya melakukan kejutan..


MORAL OF THE STORY

Setiap apa yang dilakukan perlu ada pengorbanan,cuma kita yang nak atau taknak..

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 10

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR | WANITA SAMAN GOOGLE HANYA KERANA "SOTONG PAUL" BELIAU

Amaran kepada sesiapa yang menjemur "Sotong Paul" korang sila berhati-hati..hehe..Ni nak cerita maklumat yang aku baca. Nak tergelak pun ada,taknak gelak pun ada kerana cerita memang cerita serius. Seorang Wanita Jepun telah menyaman GOOGLE atas kesalahan merakam gambar "Sotong Paul" @ Seluar Kecik @ Seluar Dalam beliau dengan menggunakan GOOGLE STREET VIEW sebanyak 600,000 yen (£4,588).


Macam-macam..hehe. Disebabkan gambar "Sotong Paul" ,beliau telah menyaman GOOGLE atas dakwaan menyebabkan beliau mendapat Tekanan psikologi. Tekanan semakin memuncak bila beliau terlihat gambar "Sotong Paul" beliau didalam engin carian Google. Disebabkan ini juga beliau telah berhenti kerja dan berpindah dari Apartment beliau. 

Inilah antara kebaikan yang pada pandangan aku telah disalahgunakan.. Apalah diaorang nie dah takde kerja lain nak skodeng jerr. Kesian Minah Jepun tu.. entah-entah sekarang beliau phobia menggunakan "Sotong Paul" beliau..Menurut wanita itu juga antara alasan beliau kenapa beliau menyaman GOOGLE adalah kerana ia mungkin mengundang jenayah terhadap beliau..hehe

** Moral of the Story,jemur "Sotong paul" korang kena tengok kiri kanan..kalau ada yang tengok korang menjemur korang boleh saman diaorang..hehe

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 9

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR | LIMOUSINE PALING BERAT DI DALAM DUNIA

Canggih dan cantik. Pengiktirafan telah diberi ke atas "THE MIDNIGHT RIDER"  sebagai Limo yang terbesar di dalam dunia iaitu sebuah lori yang telah diubahsuaikan menjadi sebuah Mega-Limo. Berat limo ini adalah seberat 22 tan dan mempunyai ukur badan sepanjang 21 meter dan ia boleh memuatkan seramai 40 orang penumpang. Nak buat majlis tertutup memang tak terasa bila berada didalam bas ini.

NAMPAK MANTAP DIATAS JALAN
Pemilik Mega-Limo ini adalah Pamela Bartholomew Machado, dari California. Ruang dalam dilengkapi dengan tiga lounge,Bilik Mandi,Bar, Sistem bunyi pada kelima buah Televisions dan aser-guided satellite yang membolehkan internet dilayari melaluinya. Namun apa yang tak bestnya,Limo in cuma boleh beropersai dilebuhraya dengan lesen untuk Highway di US sahaja dan jumlah sewa yang dikenakan untuk sejam adalah 650pound selama satu jam.

HIASAN DALAMAN
Amacam? Berminat nak naik Lori @ Mega -Limo nie? Apa pendapat korang berbaloi ke tidak menaiki Mega-Limo nie? Pendapat aku kalau duit berlebih oklah.. tapi kalau 650pound sejam dengan duit cukup makan aku rasa lupakan jerlah...

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 8

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 7

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Agak-agaknya yang mana satu adalah kita? Sambil-sambil kita fikirkannya, apa kata kita teliti 13 fakta menarik lagi benar ini. Mungkin ianya sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang hakikat yang kita sebenarnya dalam golongan yang sedikit sahaja tahunya (baca: ilmu Allah sangatlah luas).
  1. Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
  2. Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
  3. Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
  4. Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
  5. 100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
  6. Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
  7. Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
  8. Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
  9. Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
  10. Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
  11. Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
  12. Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki tau..
  13. Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 6

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

GAMBAR YG PELIK TAPI BENAR














Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 5

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

1.Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

2.Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

3.Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

4.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

5.Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 4

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Fakta Pelik tapi benar- Tarian Michael Jackson Yang Anti- Graviti dalam Smooth Criminal

Anda pernah tengok video clip Michael Jackson yang condong ke depan yang bertentangan dengan hukum graviti? Berikut adalah salah satu fakta yang pelik, bagaimana  Michael Jackson dan penari latarnya bersama-sama melakukan aksi  condong ke depan lebih dari kemampuan manusia normal.

Bagi anda yang masih tidak tahu, aksi condong 45 darjah itu tidak menggunakan kamera trick. Mereka semua telah memakai kasut khas. Teknik tarian  Anti-graviti ini  diciptakan oleh Michael J. Jackson sendiri dan beberapa orang yang lain.
 
Kasut tersebut mampu membuatkan kaki si pemakai stabil dan tidak bergerak dalam kedudukan condong kerana tumit kasut tidak menggelonsor ke depan walaupun pemakai condong 45 darjah.

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 3

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Spermine Produk Dari Sperma Manusia Untuk Krim Muka





Pernahkah anda dengar tentang sejenis anti-oksida yang menjijikkan yang disebut Spermine?  Spermine dikatakan sebagai anti-oksidan kuat yang diproses daripada sperma manusia.


Sebuah syarikat  bernama Bioforskning telah mengeluarkan produk ini yang agak menjijikkan untuk perawatan wajah bagi mengurangkan  kedut-kedut di wajah akibat penuaan dan menjadikan kulit halus.

Dulu juga sudah ada produk yang diperbuat daripada bisa ular atau venom sebagai Botox.  Jadi, yang mana produk paling menjijikkan? Kedua-duanya paling pelik dan jelik. Ada ke orang yang suka dan sanggup menyapu muka mereka dengan sperma manusia atau bisa dari ular hanya untuk mendapatkan wajah yang cantik.

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 2

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.
2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.
3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.
4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!
5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!
6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.
7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 1

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Fakta Pelik Tapi Benar


Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
Lilypie Angel and Memorial tickers



Link Untuk Cerita Laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...