Sunday, February 13, 2011

Fakta Pelik Tapi Benar - Episod 11

The story BEGIN..

~~Once Upon A Time~~

PELIK TAPI BENAR | SENI DARI HUJUNG MATA PENSIL



Keunikan seni yang terhasil menarik perhatian aku. Apa yang boleh aku katakan mengenai seni yang terhasil adalah,ia cukup berseni sekali kerana ketelitian menghasilkan seni bagi aku begitu sukar sekali. Penghasilan memerlukan konsentrasi yang amat tinggi dan masa yang begitu lama untuk menghasilkan Seni Seumpamanya.

POKOK KRISMAS DIHUJUNG MATA PENSIL

Dalton Ghetti ARTIS yang menghasil seni yang menakjubkan ini telah meluangkan masa 2 setengah tahun untuk menghasil setiap satu hasil karya beliau  dengan menggunakan hujung mata pensil sebagai bahan untuk mencipta seni beliau. Beliau telah menceburi bidang ini selama 25 tahun setelah obses dengan seni ini sejak dari sekolah lagi.

KASUT KULIT ATAS KAYU

Setakat ini beliau telah menghasil lebih kurang 100 hasil seni melalui hujung mata pensil dan kebanyakan hasil seni ini tidak dijual. Dalam penghasilan seni ini beliau berkata bahawa ia lebih kepada MEDITASI buat beliau kerana setiap penghasilan seni ini beliau memerlukan suasana sunyi tanpa musik dan beliau memberi tumpuan yang maksimum untuk menghasilkan seni yang terbaik.

WAJAH RAJA ROCK & ROLL - ELVIS PRESLEY

Apa yang memeranjatkan saya adalah setiap ciptaan beliau ini terhasil tanpa menggunakan Kanta Pembesar. Begitu menakjubkan seni yang terhasil teramatlah kecil namun dengan tumpuan sepenuhnya tanpa bantuan dari alat Pembesar,beliau telah berjaya melakukan kejutan..


MORAL OF THE STORY

Setiap apa yang dilakukan perlu ada pengorbanan,cuma kita yang nak atau taknak..

No comments:

Post a Comment

Comment la disini..

Lilypie Angel and Memorial tickers



Link Untuk Cerita Laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...