Showing posts with label lawak spastik. Show all posts
Showing posts with label lawak spastik. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Lawak Spastik - Episod 8

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Kari Mamak
Satu ari, abg aku ngan kwn dia gi kedai mamak. kwn dia ckp kt mamak tu, “mamak, kari ni rasa semacam je. kari smlm ke?”
mamak tu pun reply, “u kalu mau kari hari ni, u dtg esok la.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita Berantai
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…
Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapa yang lebih manja??
Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu “SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA”.
Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita.
Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, “Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah…adalah lebih manja daripada kaum wanita…..
Alasannya…semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya…..”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teksi
Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-
hari ketempat kerja.
Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia
melibatkan belanja yang tinggi.
Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi.
Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak
ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik
apa jalan kaki.
Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada
affair pulak dengan dia.
Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke
awak yang hantar saya hari-hari ker?

Lawak Spastik - Episod 7

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Robot Pembohong
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menantu Yang Luarbiasa
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”
Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menantu Yang Sengal
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa
mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil
memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya
dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil
pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua
yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa
mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai
isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak
mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa
mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat
juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau
jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

Lawak Spastik - Episod 6

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Suami Yang Patut Di Contohi

Seorang penderita kanser usus di beritahu oleh doktornya bahwa hidupnya tidak lama,hanya sekitar 2 minggu lagi. Mendengar khabar tak mengenakkan hati, ia memberitahukan anaknya untuk segera mengadakan majlis besar-besaran sebagai tanda perpisahan.
Ditengah kawan-kawannya ia menyatakan : “Maaf teman-teman, Saya mengumpulkan kamu semua agar tahu bahawa Saya tak lama lagi akan meninggalkan anda, AIDS telah menyerang tubuh Saya.” Anaknya dengan hairan bertanya : “Ayah, mengapa Ayah berbohong atas penyebab kematian Ayah?”
Ayahnya menjawab : “PsssSssst, aku tak mau salah seorang dari mereka akan tidur dengan Ibumu yang cantik, seksi dan menawan setelah aku meninggal dunia kelak !”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.
“Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti…”
“Horaiii! Siap, kapten!” jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.
“Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim…”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta Sudah Penuh

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata :-

Ibu:  Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah:  Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu:  Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do’oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata…

Anak:  Abah, umi… Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik ‘LAPANG’…!!!

Lawak Spastik - Episod 5

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Pelayan Restoran Yang Pengotor

Seorang lelaki pergi ke sebuah restoan dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.
Pelayan tersebut bertanya “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”
“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”. Kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.
“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
“Baiklah” Kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.
“Apa yang kau buat ni?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.
“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.
“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.
“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.
“!@&*$^^%@*&%”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rempit Beraksi di Litar

jokes humor Lawak Spastik Vol. 12

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tips Untuk Elakkan Trauma dan Kecewa…

Perkara-perkara yg prlu kita buat tuk elakkan dr trauma akibat terlalu kecewa :


1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ketempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yang anda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur,alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin,perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia?Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia.Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil.Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa.


7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8.Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia.Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga sidia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan disana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasap erlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda dikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat,setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru.Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Lawak Spastik - Episod 4

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

FACTS!

1. Your reading my facts
2. Now your saying/thinking thats a stupid fact.
4. You didnt notice that i skipped 3.
5. Your checking it now.
6. Your smiling.
7. Your still reading my comment.
8. You know all you have read is true.
10. You didn’t notice that i skipped 9.
11. Your checking it now.
12. You didn’t notice there are only 10 facts

Thats facts…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bank Condong Pertama Di Dunia


jokes 
humor Lawak Spastik Vol. 14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapakah Pemilih Nombor Pendaftaran Ini..??


jokes 
humor Lawak Spastik Vol. 14
jokes humor Lawak Spastik Vol. 14
jokes humor Lawak Spastik Vol. 14

Lawak Spastik - Episod 3

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Perajurit Paling Berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu prajuritnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Prajurit : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si prajurit tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat prajurit saya sangat berani dan siap mati”

2. Jerman
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Prajurit : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan prajurit yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang “prajurit saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”

3. Indonesia
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap Jendral
Jeneral : Seberangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Prajurit : Tidak mau jeneral !
Jeneral : Seberangi cepat !!
Prajurit : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan prajuritnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat prajurit saya yang paling berani¡­. perintah jeneral langsung bisa dia tolak”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Job Interview

Reaching the end of a job interview, interviewer asked young engineer who was fresh from college,
what starting salary you were thinking about?”
the young engineer said,
around 100K per year, depending on the benefits package.”
interviewer said,
well… what would you say to a package of 4 weeks vacation, 21 days paid annual leave, full medical and dental, company matching retirement fund to 50% of salary, and a company car leased every 2 years – say a BMW 3 series?
the young engineer sat up straight and said,
wow!!! are you kidding?”
the interviewer replied,
yeah, but you started it!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resume…

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father’s name: Daddy
Father’s IC: You ask him
Mother’s name: Mummy
Mother’s IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Lawak Spastik - Episod 2

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Kalo binatang ada facebook… agak-agak apa status mereka…??
Cicak :  Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk :  Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
Aedes:  Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam:  Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…
Cicak :  isteriku tersepit pintu
Kucing Betina:  “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam :  Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…
Nyamuk:  Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak :  Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing:  Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
Tikus:  Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lawak Kisah Benar: Telepon
Aku nak keluar rumah hari itu, nak pergi Carrefour.
Cari kunci keta tak dapat. Buat lambat aja aku pun naik bengang.
Lepas tu, selak punya selak barang atas meja, terjumpa kunci tapi terlanggar gelas air kopi tertumpah.
Makin bengang dah lambat terpaksa pulak kena bersihkan meja. Aku terus capai telepon aku dan berderum naik keta terus keluar.
Sampai ke carrefour, kawan aku takda. Mana pulak si Samdol ini. Tak kan lambat 10 minit dah blah pulak.
So aku pun seluk kocek capai telepon nak telepon dia.
Bila aku tarik dari kocek aku apa aku tarik keluar?
Remote Control Astro!!!!!!!!!
Tepon tinggal kat rumah, remote control astro yg aku terambil.
Memang tu hari bengang aku.
Kau orang tau lah, siap aku nak dial guna remote control tu, tapi baru perasan bukan telepon.
Aku terus blah, tak berani nak tengok ada org perasan ke tak.
Malunya Beb!!!!
Lepas dah jauh sikit, aku gelakkan diri aku sorang2.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gadis ayu nak gi kangkang
“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu di hadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah di kemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kataku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatanhampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis di depan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
jokes humor Lawak Spastik Vol. 23
“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepadaku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku punmenjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”
p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

Lawak Spastik - Episod 1

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Boy Pren Nenek

Ada sebuah rumah yang didiami oleh nenek yang sudah 10 tahun kehilangan suaminya yang sedang sibuk mengemas ruang tamu rumah nya sambil ditemani oleh cucu kesayanganya. ….
Tiba- tiba cucu nya bertanya…

Cucu:  Nekk…nape nenek takde boyfriend?..
Nenek kehairanan mendengar soalan cepu gangsa yang diberikan oleh cucu bertuah nya itu…Lalu dia pun menjawab..
Nenek:  Ehh..sape kate nenek takde boyfriend.. ade la..die selalu teman nenek di kala sunyi..
Cucu:  Siapa nenek…
Nenek:  Ni ha…[sambil menunjukkan tv di ruang tamu tersbt] dia la boyfriend nenek..
Cucu:.. oo…

Lalu nenek itu ingin menonton tv…apabila tv di buka..siarannya tidak jelas..Lalu nenek itu pun menepuk2 belakang tv itu untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas..Tapi masih tidak berhasil..
Tiba2…datang Pak Lebai ke rumah Nenek untuk menjemput nenek datang majlis doa selamat rumahnya malam nanti…


Pak Lebai: Assalammualai kum…
Cucu: Wa’laikumsalam. ..ada apa Tok Lebai..
Pak Lebai: Nenek kamu ada….??
Cucu: Ada..tapi die tengah sibuk duk menepuk-nepuk boyfriend dia tu..
Pak Lebai: Ha????


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu Kaki

Abu Bin Bakar ( Bukan Nama Sebenar ), seorang bekas tentera yang bernasib malang.
Dia telah kehilangan satu kakinya akibat terkena jerangkap samar semasa operasi melawan komunis. Kakinya terpaksa di potong.
Kini hidupnya berubah, tiada lagi keceriaan di wajahnya. Melihatkan keadaan ini, membuatkan ibunya mencari satu jalan penyelesaian untuk membuatkan anaknya gembira kembali.
Pada suatu hari ibunya telah mendapat satu idea, dimana dia telah menyatakan hasratnya untuk mengahwinkan abu.
Namum Abu menbantah, katanya siapa yang hendakkan dia yang sudah cacat ni.
Namum ibunya tetap berkeras, kata ibunya itu dia akan uruskan.
Dengan berkat doa dan retsu ibunya. Maka berlangsunglah majlis perkahwinan Abu dan Ani.
Seperti mana-mana pasangan yang normal. Sudah pasti saat malam pertama tidak akan dilepaskan.
Pada mula-mulanya Abu ragu-ragu, tetapi sebagai bekas seorang tentera dia dengan yakin berani menbuka pakaiannya.
Sekali isterinya menjerit, ” Satu kaki!” dan bertempiaran lari keluar dan mendapatkan ibunya.
“Mak, satu kaki mak!” kata Ani.
“Syukur, mak dulu dapat 4 inci aje, tapi kau bagus, dapat yang satu kaki.”

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Sorang Banduan

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk ke dalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.
Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.
Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang di pakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium leher mu, dia ingin melakukan hubungan seks dengan mu,jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”
Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.


*p/s : haha..hanya lawak jenaka shaja..tiada unsur laen ye..
Lilypie Angel and Memorial tickers



Link Untuk Cerita Laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...