Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

CERPEN - "Hati Itu "

The story BEGIN..

 ~~Once Upon A Time~~

Hati Itu

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.[I]

Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga  kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan [I]lab report[/I] yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.

Sedang tangan ligat menulis [I]introduction of morphology [/I]dan[I] characteristic of bacteria[/I] pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.

"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.

'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'

"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.

"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"

Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam [I]point-point[/I] yang dilontarkan.

"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri [I]meeting[/I] nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."

"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada [I]meeting[/I] je ana akan rasa [I]excited[/I]. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.

"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."

"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?

"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. [I]Come on[/I] ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.

Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.

"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

******

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...


Glosari

ana - saya

enti - awak

ukhti - kakak

redha - pasrah

mutabaah - pengawasan

dakwah - seruan

lagho - lalai

da'ie - penyampai/pendakwah

tajdid - perbaharui

CERPEN - "Dia Jodohku "

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Dia Jodohku

Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikit pun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati.

Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka.

[I]“Mungkin Nurul jodoh saya,”[/I] jawabnya ringkas.

[I]“Itu sahaja jawapan saudara?”[/I] soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu.

[I]“Ya.”[/I]

Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berhikmah dan yang paling terkesan, kelembutan yang menjadi darah-dagingnya juga seperti telah terbang di tiup angin.

[I]“Pandai sungguh dia berlakon,”[/I]getus hati Aina.

Bibirnya mengukir senyum apabila Nurul mengajaknya pulang. Masa yang ditunggu telah tiba. Nurul telah berjanji akan membelanjanya makan selepas pertemuan itu selesai. Bukan mengambil kesempatan, cuma poketnya hampir kosong. Almaklumlah sekarang sudah berada di penghujung semester.

Semasa dalam perjalanan ke cafe, Aina mengambil kesempatan bertanya Nurul perihal perubahan tingkah-lakunya sebentar tadi.

“Boleh Aina Tanya sikit?”

“Emm, tanyalah...”

[I]“Kenapa Nurul garang sangat dengan Izzat tu? Kesian dia,”[/I]

“Garang ke? Nurul rasa cam biasa je tadi,” Nurul menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman.

Aina cuba membaca isi hati sahabat baiknya itu. Senyuman Nurul bagai tersirat 1001 macam maksud. Aina hanya mendiamkan diri, mungkin Nurul belum bersedia menceritakan isi hatinya.

Deringan telefon yang mendendangkan lagu [B]“Atas Nama Cinta”[/B] nyanyian kumpulan UNIC sedikit mengganggu tumpuan Nurul yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar dua minggu lagi. Kerutan di dahinya hilang dan digantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang sentiasa dirinduinya siang dan malam.

[I]“ Assalamualaikum  ibu,” sapa Nurul lembut.[/I]

[I]“Waalaikumusalam. Nurul tengah buat apa tu? Sibuk ke?,”[/I] soal ibunya.

[I]“Tak lah sibuk sangat, tengah siapakan assignment. Dua minggu lagi kena hantar. Ibu sihat? Abah macam mana?”[/I]

[I]“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya ibu dan abah ada hal penting nak berbincang dengan Nurul. Nurul boleh balik kampung hujung minggu ni?”[/I]

[I]“Hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu melalui telefon,” seloroh Nurul. “Adalah.. ini hal masa depan Nurul,”[/I]

Setelah memutuskan talian telefon, Nurul mula termanggu. Dia sudah berasa tidak sedap hati. Hal apakah yang ingin diberitahu ibu? Masa depan? Hal baik atau sebaliknya? Screen laptop dihadapannya dipandang tanpa berkelip. Fikirannya mula melayang entah ke mana. Jantungnya mula berdegup kencang menyebabkan aliran darah dalam tubuhnya bergerak laju merentasi segala otot dan bahagian tubuh yang lain. Jarinya lantas memicit-micit kepala yang tidak sakit. Perbualan dengan ibu sebentar tadi telah menyebabkan dia berasa tidak keruan. Oh, ibuku!

**********

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain kejar-kejar di halaman rumah. Padi yang mulai menguning di petak-petak sawah dan burung-burung yang bebas berterbangan mengindahkan lagi pemandangan petang itu. Segala beban pelajarannya terasa hilang semenjak dia sampai ke rumah beberapa jam yang lalu. Nurul menghayun langkah ke sebatang pohon besar dihadapan rumah. Di bawah pohon yang rendang itu terdapat sebuah buai dan pangkin. Di situlah dia dan ibunya selalu berbual-bual.

Suasana damai petang itu tidaklah sedamai hatinya. Ibunya masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja dia meminta ibu menceritakan hal itu setibanyan dia di rumah tadi. Namun, aroma asam pedas kegemarannya membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera makannya pula. Nurul tersenyum sendiri.

[I]“Hai anak dara, kenapa senyum sorang-sorang ni?”[/I]

Nurul berpaling ke arah pemilik suara itu. Ibu dan abahnya menghadiahkan senyuman buat satu-satunya anak gadis yang mereka miliki.

[I]“Ingat kat siapa la tu,”[/I] abah mula berseloroh.

[I]“Mana ada ingat kat siapa-siapa. Tengah memerhati keindahan alam. Anak ibu dan abah ni kan pencinta alam orangnya,”[/I]jawab Nurul manja.

Nurul akui, walaupun usianya sudah menjengah angka 22 dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, namun sifat keanak-anakkan dalam dirinya masih menebal. Mungkin kerana dia satu-satunya puteri yang dimiliki oleh pasangan Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah di samping dua orang putera yang sudah bekerjaya dan seorang putera yang masih di zaman remaja.

“Hal apa yang ibu nak beritahu hari tu?”, soal Nurul tanpa berlengah.

Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah berpandangan. Raut wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan Nurul belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran Nurul sematang usianya. Haji Ahmad yakin pelajaran anakknya tidak akan terganggu, cuma si ibu yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.

“Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita.

“Datang bertanya? Tanya apa?” serius Nurul tidak faham.

“Macam ni..” ibu mula menyusun kata.

“Ada orang datang merisik Nurul.”

“Siapa?”

“Orang Selangor. Keluarga Tengku Mahfuz.”

“Tengku Mahfuz? Siapa tu?” soal Nurul ingin kepastian.

“Kawan lama abah kamu. Sama-sama belajar di Madrasah At-Ti Hadiah dulu,” terang ibu.

Nurul hanya mendiamkan diri. Bila pula abah  aku ada kawan daripada golongan Tengku-tengku ni. Aish..

“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Izzat namanya,” abah mula bersuara.

Nurul memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.

“Itu gambar orangnya. Nurul fikirlah masak-masak sebelum memberi jawapan. Apa sekalipun jawapan Nurul, abah dan ibu akan sokong,” tambah abah.

“Abah dan ibu dah lihat orangnya? Pandangan abah dan ibu bagaimana?” Sekali lagi ibu dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Nurul bertambah binggung.

Malam itu Nurul sangat susah untuk melelapkan mata. Apa yang dibongkarkan oleh abah dan ibu petang tadi benar-benar menghantui dirinya.

Sebenarnya kami dah lama kenal Izzat tu. Abah mula-mula kenal dia masa dia ikut Tengku Mahfuz ke majlis perkahwinan sepupu kamu, Mazuin, tahun lepas. Masa tu kamu sibuk bantu Mak Long sampai tak sempat nak kenalkan dengan Izzat. Kali kedua abah jumpa dia di madrasah. Dia menggantikan papanya semasa reunion kami. Semenjak waktu tu, dia selalu juga telefon abah bertanya khabar. Dia pun pernah datang ke rumah. Cuma kamu je yang tak tahu.

**********

Nurul mula memanggil-manggil memorinya. Manalah tahu dia dapat mengingati situasi yang abah ceritakan petang tadi. Daripada raut wajah abah, Nurul dapat merasakan  bahawa abah sangat menyenangi jejaka yang bernama Izzat itu. Tidak kurang juga dengan ibu. Kedua-duanya kelihatan ceria bercerita tentang Izzat. Izzat itu, Izzat ini…

Nurul baru teringat sampul surat yang diberi oleh abah siang tadi. Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkannya dengan berhati-hati. Matanya dipejamkan kerana takut melihat wajah orang ingin memetiknya dari taman hati abah dan ibu. Entah hensem ke tidak. Entah-entah gemuk. Alamak…hatinya berbisik nakal.

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok dia ni, tapi kat mana? Bila? Aiseh. Siapa ni.. muka ni macam  pernah wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Nurul makin tidak keruan. Insan itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu. Namun, segala maklumat bagaikan hilang ketika dia amat memerlukannya ketika ini.

Nurul lantas mencapai laptop yang hampir sehari tidak ditatap. Dia yakin gambar Izzat pasti terselit di antara beratus-ratus gambar simpanan peribadi miliknya. Satu demi satu folder gambar dibuka. Satu persatu gambar diteliti supaya tidak  ada yang terbabas daripada penglihatannya. Sudah hampir ke semua gambar dilihat, diteliti dan ditelek  dengan penuh ketekunan, namun dia masih tidak menjumpai wajah yang dicarinya. Giliran folder terakhir dibuka.

Folder yang menempatkan gambar Nurul dan rakan-rakannya semasa Bengkel Sukarelawan yang dianjurkan pihak universiti beberapa bulan yang lepas. Bola matanya seperti dapat menangkap sesuatu. Nurul segera mengambil gambar yang diberikan oleh abah dan meletakkannya di screen laptop. Dia cuba membandingkan gambar itu dengan gambar seorang penceramah yang memiliki raut wajah yang hampir sama dengan Izzat.

[B]“Subhanallah...”[/B] hanya perkataan keramat itu yang keluar dari bibir Nurul. Debaran hatinya bertambah kencang.

Dr. Irfan, salah seorang penceramah bagi slot kecemasan dan perubatan. Diakah orangnya. Tanpa membuang masa, Nurul terus mendapatkan kepastian daripada sahabat baiknya, Aina.

“ Kalau tak silap, ada dua orang doktor yang datang hari tu. Yang perempuan tu namanya Dr. Khalisah, yang lelaki tu namanya Dr. Irfan. Kenapa?” jawab Aina dan membalikkan satu soalan kepada Nurul.

“Aina tahu tak nama penuh doktor lelaki tu?”

“Dr. Izzat Irfan.. ada gelaran tengku kot di pangkal namanya” jawab Aina yang berada di hujung talian. Dia berasa pelik dengan tingkah-laku Nurul. Sebelum ini Nurul tidak pernah bertanya apa-apa mengenai muslimin, lebih-lebih lagi yang tidak dikenalinya. Tapi berbeza kali ini.

“Oh, ok. Terima kasih ya. Maaf mengganggu malam-malam ni. Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam,” balas Aina kecewa. Tidak sempat nak mengorek cerita dan bertanya lebih lanjut, Nurul sudah dahulu mengakhiri perbualan mereka. “Tak apa, balik kolej nanti aku korek cerita [I]hang,”[/I] getus hatinya.

**********

Sudah dua hari di rumah dan tiba masanya kembali ke bumi UPM. Semua barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg. Matanya tertacap kepada satu kotak kecil berwarna merah di atas meja solek. Kotak baldu berbentuk hati itu dicapai dan dibuka perlahan-lahan. Cincin emas bertatahkan permata comel berwarna putih memancarkan kilauannya apabila terkena cahaya matahari yang terbias dari tingkap kamarnya.

Hati Nurul berbelah bahagi. ‘Mengapa dia memilih aku sedangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Layakkah cincin secantik ini disarungkan ke jariku. Dan yang paling menggusarkan, layakkah aku menjadi suri hati seseorang yang baik dan sesempurna dia.’

Segala persoalan yang ingin dilontarkan telah ditulis kemas dalam sebuah warkah. Nurul meminta nasihat abah dan ibunya. Adakah dia melakukan sesuatu  yang betul dan tidak tersasar dari jalan yang dibolehkan agama. Kata abah, lakukanlah jika itu mendatangkan kebaikkan. Andai itu salah satu ikhtiar yang digunakan untuk  berasa yakin dialah jodohmu, maka teruskan. Tapi awas, jangan sampai terlalu mengikut kata hati .[B] “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.[/B]

Pesanan abah sangat mendalam maksudnya,[B] “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.[/B] Oh, abah!

Nurul melipat warkah tulisan tangannya itu dengan kemas. Tiada bedak mahupun wangi-wangian diletakkan seperti mana yang dilakukan remaja-remaja lain. Warkah itu membawa isi hati Nurul agar si dia mengerti dan mengenali siapa insan yang baru dilamarnya. Juga ingin meminta kepastian adakah benar-benar ikhlas menerima dirinya yang penuh kekurangan dan kelemahan agar suatu hari nanti tidak akan dipersoalkan jika badai menghempas pelayaran rumahtangga mereka. Nau’zubillah...

Bukan meminta, hanya sekadar  satu persediaan. Nurul meminta abahnya sendiri menyampaikan warkah itu. Biarlah abah yang menjadi orang tengah antara mereka, itu yang terbaik.

**********

Terlopong Aina mendengar cerita yang baru disampaikan Nurul. Aina tidak menyangka Nurul akan dilamar oleh doktor idamannya itu. Namun, dia sangat bersyukur andai benar jodoh Nurul dengan Dr. Irfan. Daripada satu sudut dia dapat melihat mereka sangat sepadan. Walaupun jarak usia antara mereka selama 6 tahun, namun itu tidak mencacatkan keserasian mereka.

Serasi? Ya, itu yang Aina rasakan. Seingat Aina, selepas program tamat, mereka pernah bertukar-tukar pendapat mengenai dunia perubatan dan perkaitannya dengan isi kandunagn Kitabullah. Walaupun kumpulan mereka terdiri daripada 7 orang, namun, hanya Dr. Irfan dan Nurul yang banyak menjawab dan menyoal. Ahli yang lain lebih gemar mendengar, termasuk dirinya sendiri. Aina tersenyum apabila mengimbau kembali kenangan itu.

“ Aina rasa kamu berdua memang sepadan. [I][B]Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dan permata,[/B][/I][B] [/B]” kata Aina sambil mengira-ngira untuk menambah bidalan-bidalan yang lain bagi menunjukkan kesepadanan mereka.

“Aina, jangan main-main ok. Ni masalah besar ni,” balas Nurul.

“Nurul suka dia tak?”

Berkerut dahi Nurul mendengar soalan sabatnya itu. Dia berfikir sejenak.

“Orang-orang tua kata, diam maknanya suka. Betul tak?” Aina cuba bermain kata dengan Nurul. Bukan untuk menambah kerunsingan temannya itu, namun sebelum memberi apa-apa pandangan, lebih baik dia mengertahui isi hati Nurul terlebih dahulu.

“Entahlah. Nurul pun tak pasti,” jawab Nurul lemah.

“Kenapa? Nurul dah ada pilihan hati ke?”

“Bukan macam tu, tapi...”

“Tapi apa? Nurul ada apa-apa masalah ke? Ceritalah, Aina sedia mendengar,” pujuk Aina. Nurul hanya tersenyum hambar. Daripada raut wajahnya tergambar sedikit kegusaran. Bukan soal sudah ada jejaka idaman, Cuma hatinya belum bersedia. Bukan setakat hati,  jiwa dan jasadnya juga bagai belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu nanti.

“Aina tahu kan siapa dia. Latar belakang keluarga pun dah berbeza sangat dengan Nurul. Itu belum lagi tahap pendidikan. Macam tak sesuai je dengan Nurul,” “Ish, itukan ukuran dunia je. Aina rasa dia bukan daripada golongan yang mementingkan soal darjat dan darah ni. Dia sendiri pun low profile, sentiasa merendah diri. Pengetahuan agama pun boleh tahan. Apa lagi yang kurang?” soal Aina tidak puas hati.

“Memang dia tiada kekurangan dari mata Nurul. Tapi Nurul yang banyak kekurangan. Bab agama tu yang Nurul risau. Masih lemah. Bimbang tidak dapat menjadi suri yang dapat dia banggakan.”

“Nurul, [B]Allah menciptakan menusia berpasangan-pasangan supaya mereka saling melengkapi bukan? Perkahwinan bukan suatu proses mencari yang sempurna, tapi proses untuk menjadi yang sempurna.[/B] Ingat tu,”

Nurul hanya mendiamkan diri. ‘Betul juga apa yang Aina cakap, hati kecilnya berkata-kata.

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."

Usai mengerjakan solat sunat istikharah buat sekelian kalinya, Nurul masih lagi berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang mengadu kepada Yang Esa. Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan Pencipta.

**********

Walaupun sudah hampir tiga minggu lamaran daripada pihak lelaki datang, namun dia masih belum dapat memberi keputusan. Buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester yang sudah pun bermula. Syukur kerana keluarga Tengku Mahfuz memahami keadaan dirinya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nurul mengerling teman sebilikknya yang sedang khusyuk mengulangkaji. Tangannya mencapai nota Perundangan Makanan yang kemas tersusun di dalam fail.

Dia mahu membaca semula nota-nota tersebut sebagai persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek itu pada  pukul 11.00 pagi nanti.

[I][B]Titt..titt.. [/B][/I][B] [/B] Deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil memecah kesunyian bilik kecil yang dihuninya itu. [I]“Siapa pula yang bagi mesej pagi-pagi ni,”[/I] Nurul bermonolog sendiri. Dia mengambil telefon tersebut dan membuka mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya. Senyuman terukir tatkala melihat nama si pengirim, Azim, adik bongsu yang tersayang.

[I]Salam. Kak Nurul, esok ibu dan abah akan ke UPM. Abah kata ada benda penting nak disampaikan kepada kakak. Macam surat, tapi abah tak bagi Azim baca. Penting benar agaknya sampai tak sempat tunggu kakak balik.[/I]

Azim. Nurul berfikir sejenak. Surat? Dia tidak mahu terus berfikir, biar esok yang menjadi penentunya. Mesej Azim dibalas.

[I]Waalaikumusalam. Ok, kakak akan tunggu kedatangan abah dan ibu.[/I]

Nurul meneruskan pembacaan. Hanya tinggal dua [I]paper[/I] sahaja lagi yang belum di jawab. Jika diikutkan, minggu hadapan dia akan pulang ke kampung untuk bercuti. Mungkin benar kata Azim, surat itu pasti sangat-sangat penting sehinggakan abah tidak sabar untuk memberikan kepadanya. Tiba-tiba dia tersentak. Jangan-jangan itu surat daripada Izzat. Surat jawapan daripada segala persoalan yang dia ajukan dalam warkahnya tempoh hari.  Sesak nafasnya dan tanpa sedar dia mengeluarkan satu keluhan berat.

**********

Benar seperti yang dijangka. Kedatangan abah siang tadi membawa warkah daripada Izzat. Nurul berasa sangat serba salah kerana dia masih tidak dapat membuat keputusan. Kesian abah dan ibu. Sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyampaikan surat ini. Teringat pesan abah, ‘Kalau Nurul betul-betul tak bersedia, jawab sahaja tidak setuju. Kesian pihak sana masih menunggu-nunggu’.. Nurul hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata abah. Bukan tidak setuju, 100 kali dia mahu. Namun, masih ada kekangan yang menyebabkan perkataan setuju itu tidak keluar dari bibirnya. Sabarlah abah, anakmu masih perlukan masa untuk berfikir.

Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih sikap berhati-hati dan kesabaran. Jangan terlalu cepat hingga tersadung dan jangan pula terlalu perlahan hingga terlambat. Pilihlah jalan tengah di antaranya dan  iman serta ilmu menjadi panduannya.

Usai mengerjakan solat Isya’ , Nurul terus mencapai sampul surat berwarna biru dari mejanya. Isinya dikeluarkan. Lipatan warkah itu masih elok. Tidak lagi dibuka, apa lagi dibaca. Nurul memberanikan diri untuk menatapnya. Apa pun yang terjadi, keputusan harus dibuat malam ini juga. Ini tekadnya!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...

Salam kembali buat Saudari Nurul Jannah Alisya Binti Ahmad.

Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.

Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…

Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

[B]Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.\[Surah al-Baqarah : 216][/B]

Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.

Mungkin jawapan yang saya berikan tidak seperti yang saudari inginkan. Hanya ini yang mampu saya katakan. Sesungguhnya setiap patah perkataan yang tertulis di kertas ini, telah pun kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang diduduki. Jangan biarkan hal ini merunsingkan fikiranmu. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada insan lemah ini. Wassalam…

**********

Nurul melipat kembali warkah itu. Patutlah Izzat hanya mendiamkan diri semasa pertemuan mereka yang tidak disengajakan minggu lepas. Rupa-rupanya dia sudah menulisnya terlebih dahulu. Memang benar, Izzat tidak menjawab terus apa yang disoalnya, namun setiap bait-bait kata yang ditulis sudah cukup untuk mengukuhkan alasan untuk keputusan yang bakal dibuat. Nurul tersenyum, dia yakin dengan keputusannya.

[B]“Ya, tulang rusuk tidak akan tertukar!”[/B]

Haji Ahmad sangat bersyukur mendengar keputusan yang dibuat oleh Nurul. Walaupun Nurul menetapkan beberapa syarat namun syarat tersebut tidak memudarkan sedikitpun sinar kegembiraan di wajah ibu dan abah.

[I]“Nurul setuju dengan lamaran ini. Tapi, Nurul nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu ataupun tidak,”[/I] tegas Nurul. Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang tahu. “Harap-harap dia sanggup tunggu. Kalau tak, makan hati berulam jantunglah aku”,  jenaka hati kecilnya.

Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Ibu hanya tersenyum di sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya. Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Adiknya Azim  juga turut tersenyum sambil mengenyitkan mata bundarnya. Mungkin gembira bagi pihak kakaknya barangkali.

Nurul tersenyum sendiri. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian. Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk dengan projek tahun akhirnya. Pandangan mata dialihkan ke sawah padi yang terbentang luas. Indah, nyaman, damai..Begitu juga rasa hatinya.. Kebahagiaan sedang menanti di hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukannya sehingga akhir hayat, insyaAllah…

CERPEN - "Saat Rindu Berbisik"

The story BEGIN.. 

~~Once Upon A Time~~

Saat Rindu Berbisik

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.

15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.

[I]“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...[/I]

”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.[I]“Mestilah abang rindu isteri abang...”[/I] Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.

Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.



[I]“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…[/I]Haris cuma mengerutkan keningnya.

[I]”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”[/I],Haris menjawab panjang.

[I]“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”[/I], Norman mengusulkan cadangannya.

Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.

Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. [I]”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”[/I], ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.

[I]“Tak ada rezki lagi mak...”[/I], jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.

Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. [I]”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”[/I], ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.

Haris mengeluh panjang. [I]”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”[/I], jawab Haris.  [I]“Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”[/I], ibunya memberikan cadangan. [I]“Tengoklah macam mana mak…”[/I], Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.

Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.

Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.

Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik, [I] “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”[/I], sambil matanya bergenang air mata kesayuan.

Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.

Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.

Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.

Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya,  kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor,  Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan.     Lantas dia  memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.

Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.

Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.

[I]”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi?  Nurul rasa risau sangat...”[/I], tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.

[I]”Tidur rumah Norman...”[/I], jawab haris ringkas.

[I]“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”[/I]. Haris mengangguk perlahan.

[I]“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…[/I]”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.

Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.

[I]“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”[/I], Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.

Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.

Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.

[I]“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.”[/I] Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.

Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.

Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.

Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor  sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap  berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor  untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.

Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.

[I]Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul. [/I]

Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.

[I]“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”[/I]

Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.

[I]“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”[/I]

Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.

[I]”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”[/I]

[I]“Alhamdulillah...”[/I], Haris mengucap syukur.

[I]“Isteri saya macam mana doktor?”[/I]

[I]“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”[/I]

Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.

Nurul yang masih lemah memandang Haris.

[I]“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”[/I]Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.

[I]“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”[/I], Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat..

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....

CERPEN - "U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya"

The story BEGIN..

~~Once Upon A Time~~

U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya

[I]“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”,[/I] kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya.

Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan  beragama.

Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat, Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Suatu petang,Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.

[I]“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung .”[/I] Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.

[I]Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf?[/I] Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah.  Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya.

Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.

Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.

Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga  hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah.

[I]“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?, “Apa dia?”,[/I] Aisyah membalas ringkas.

[I]“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”,[/I] Terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu.

Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab [B]“tidak”[/B] dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu [I]couple[/I] itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.

Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga  hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang [I]”dilamarnya”[/I] pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.

Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu.  Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej.

[I]“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”[/I]

Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej.” Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “ Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”

[I]“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”,[/I] bentak Firdaus dalam mesejnya.

Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.

Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa  ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.

Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia  masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk ber[I]couple[/I] pun dia takut, sedangkan pada zaman ini ber[I]couple[/I] adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.

.

Suatu  hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol,UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.

Dari laptop Fitri lagu [B]"UNIC-Atas Nama Cinta”[/B] berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....

Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya.  Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.

Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya:

[I]“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”[/I]

[I]“Hish kau ni, studytak habis lagi nak ada girlfriend apanya”.[/I]

[I]“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”[/I]

[I]"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”[/I]

[I]“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak ? Ke sikit je Melayu kat sana?”[/I]

[I]“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”[/I]

[I]“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”[/I]

[I]“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”[/I]

[I]“Tapi kita kena lah cari,kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”[/I]

[I]“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”[/I]

“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”

Firman Allah SWT:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).\[Surah An Nur, ayat 26]

[I]“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”[/I]

[I]“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”[/I]

[I]“Kau nak isteri macam mana Pit ?”[/I]

[I]“Kalau boleh  aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan [B]semuanya kerana Allah.[/B]”[/I]

[I]“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”[/I]

[I]“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”[/I]

[I]“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”[/I]

[I]“Allah larang kita bercouple. Kenapa?  Nah. Baca artikel ni” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple.[/I]

[I]“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”,[/I] pesan Fitri lagi.

[I]“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”[/I]

Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.

Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu.  Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi.Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.

Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut:

“ Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. kepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.”

Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati , entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan.

Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan  sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.

[I]“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”[/I]

[I]“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”,[/I] tanya Fitri sedikit kehairanan.

[I]“ Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”[/I]

[I]“ Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi!  Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”[/I]

[I]“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”[/I]

[I]“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan . Bukan satu perkara yang memalukan pun.[/I]

Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan  Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?

[I]“ Best ke menangis malam-malam ini.”[/I]

[I]“ Best. Best sangat. Macam  kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-jani yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam i tulah rasanya.”[/I]

[I]“Ada ke orang yang macam tu?”[/I]

[I]“Memang tak ada lah yang setia macam tu.  Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.”[/I]

Allah berfirman:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. \[Al-Baqarah: 186]

[I]Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”[/I]

Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk  tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.

[I]“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”[/I]

[I]“Tak tua sangat ke aku ni nak [B]u-turn[/B] semula?”.[/I]

[I]“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, [B]never too old to learn, never too late to turn.[/B] Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”[/I]

[I]“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”,[/I] usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.

Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.

Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya.

Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi  mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang.

Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin  sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.

Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan.

[I]“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”[/I]

[I]“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci. “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. alhamdulillah... ”[/I]

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, alhamdulillah...
Lilypie Angel and Memorial tickers



Link Untuk Cerita Laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...