Tuesday, August 31, 2010

Tragedi 17th Ramadhan..

The story BEGIN..

Kilometer 95.2 menjadi sejarah pahit dalam idopku..
Disitu la segalanya bermula..


Ramadhan ke 17 menyaksikan ak dan rakan serumahku telah ditakdirkan untuk mengalami kemalangan motorsikal yg amat dasyat..



Tarikh                            : 28/08/2010
Hari                                : Sabtu
Ramadhan                     : ke 17 
Masa                             : 1415 @ 02.15 p.m 

Tempat Kejadian          : Kilometer 95.2 (berhampiran 
                                         exit Sg.Petani Utara) menuju 
                                         ke utara

Mangsa                         : Aku dan rakan serumah
Jenis Kemalangan        : Motorsikal ( terbabas )
Jenis Motorsikal          : Yamaha RXZ
Keadaan ( Humidity )   : Angin kuat + Hujan Lebat
Misi                               : Menuju ke utara 
                                      ( Padang Besar,Perlis )

Berikut disisipkan bersama beberapa keratan gamba mengenai kejadian tersebut :-


Kilometer 95.2 menceritakan segalanye..
Mangsa tragedi..
3 jahitan di peha..
Mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim,Sg.Petani..
Sedikit luka di tangan.. (p/s: luka membe)
Keadaan sewaktu di bengkel motor..
Nie la rupa motorku yg telah dimakan oleh jalan..
 Kerosakan yg dialami..Proses membaik pulih sdg dijalankan..

Thursday, August 26, 2010

Adakah dia jodoh anda??

The story BEGIN..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

AKU BENCI !!!!

The story BEGIN..

Aku BENCI !!!

Aku x skew PENIPU !!!

I HATE LIARS !!!


p/s : jangan la jadi seorang penipu..jujur la kt sume org..penipu idop x aman..

Wednesday, August 25, 2010

Lelaki Vs Perempuan

The story BEGIN..

Lelaki Vs Perempuan

NAMA
Jika Linda, Salmah, Safiah, Latifah dan Zabedah keluar makan tengahari, mereka akan memanggil sesame sendiri Linda, Salmah, Safiah, Latifah dan Zabedah. Lebih-lebih pon dorang panggil Linda, Salmah Peah. Tipah dan Bedah ajer.

Tapi Jika Sarifudin, Wan Mokhtar, Saiful Nizal, Irfan Khairi dan Faizal Hishams kuar makan tengahari, alamaks jadik Abe, Songkok, Chip,Atuk dan Gusdur laks dah? Kenkadang tukar lagik sampai jadik Konci ler, skoDeng ler, Hmmm memacam lagik.

Duits
Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit untuk barang berharga 1 Hinggit yang dia perlukan.
Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit untuk barang berharga 2 Hinggit yang dia tak perlukan tapi ada sale….

Bilik Air
Lelaki biasanya ada maksima 5 barang dalam bilik air iaitu berus gigi, obat gigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel) Kadar purata barangan wanita dalam bilik air adalah 37.

Barang barang nih korang tak kenal pon jadik takyah lah senaraikan kat sini

Berhujah/Berdebat
Seorang pompuan memiliki kata putus/akhir dalam setiap perdebatan.

Apa apa yang lelaki katakan selepas itu akan di jadikan bahan permulaan perdebatan baru.

Kucing

Pompuan suka Kucin.
Lelaki kata dia suka kucin, tapi bila pompuan tak nampak di sepaknya kucin tuh ahaksss….

Masa Depan

Seorang pompuan risaukan masa depannya sehingga dia mendapat suami Seorang lelaki tak penah kesah risaukan masa depan dia hinggalah dia dapat seorang isteri

Berjaya
Seorang lelaki yang berjaya adalah lelaki yang mampu membuat banyak duit untuk di belanjakan oleh isterinya

Seorang pompuan yang berjaya adalah pompuan yang berjaya memikat lelaki seperti di atas… ahaksss

Perkahwinan
Seorang Perempuan mengahwini seorang lelaki berharap dia akan berubah tapi tak gak berubah ubah sampai ke tua…

Seorang lelaki berkahwin dengan seorang pompuan berharap dia takkan berubah, malangnya semuanya berubah… mental dan fizikal

Ciri - ciri lelaki yg di jauhi wanita

The story BEGIN..

Ciri ciri lelaki yg di jauhi wanita

1. Terlalu kedekut 
– lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?
 

2. Hipokrit 
– ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


3. Perasan hensem
– hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!


4. Playboy
– ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka buaya darat’ nie.. huhu. Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…


5. Tak gentleman 
- penulis bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda? Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana?

So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!

The story BEGIN..

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!

Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

Suka dimanja Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
“Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!

Sentiasa menghormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.
Jangan terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!

Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif

Bukan materialistik
make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!

Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


Monday, August 23, 2010

Tips Cari Pasangan Hidup

The story BEGIN..

Tips Cari Pasangan Hidup



Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apa lagi pada masa itu sang burung sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat burung. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara ( Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si burung bersama keluarga burung terhadap si gadis. Risikan rahasia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak burung juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada berbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga lainnya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merusakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini karena unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangka masa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumah tangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang TuaSelidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan kecundang beberapa hari saja. - Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
 Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunangan Jangan Terlalu Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

Nikahi Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin bila dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami. Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layani Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahu ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibu bapa si gadis.


Thursday, August 19, 2010

Cinta itu BUTA ?? versi 2

The story BEGIN..


Cinta itu BUTA..........




Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta
tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.
Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan.” Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu”
“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.
“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan
menyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini……. boleh saya jumpa dia”
Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………


Cinta itu BUTA ??

The story BEGIN..


Assalamualaikum semua..
Hari ni saya cuma nak menulis topik yang agak santai.. Dan mungkin juga topik ini agak basi bagi sesetengah dari anda…
Secara amnya saya bukan lah seorang yang bijak dalam membicarakan tentang cinta… Dan memang agak lemah dalam aspek ini tetapi timbul idea untuk menulis mengenai topik di atas setelah mendapat pertanyaan dari seorang rakan…


” Benarkah cinta itu buta? ” lebih kurang inilah ayat yang ditanyakan kepada saya.. Dan jawapan saya mudah sekali ‘no komen’.. Tetapi setelah tiada idea akhirnya saya cuba juga untuk memberikan pandangan saya mengenai ayat ‘cinta itu buta’..
Mengikut pandangan saya kadang-kadang ungkapan tersebut ada benarnya.. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menghuni alam maya ini hampir 20 tahun terdapat beberapa situasi yang boleh membuktikan ‘cinta itu buta’… Situasi adalah seperti berikut :-
1. Cinta itu buta tatkala kedua-dua pasangan atau salah seorang dari mereka tiada penglihatan atau dalam bahasa mudahnya buta.. Jadi sudah pastilah sukar untuk mengambarkan paras fizikal pasangan tersebut.. Namun yang menariknya kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal.

2. Individu yang cantik tetapi pasangan hodoh.. Kalau hodoh paras rupa masih ok tapi hodoh dari segi perangai, sikap dan sebagainya… Malahan ada yang sanggup berkorban untuk pasangan yang terang-terang tidak akan menjadi pasangan yang mampu membimbing mereka.. Jadi mungkin mata individu tersebut telah dibutakan.. Macammana?? Wallahualam

3. Pasangan yang hanya mengharapkan harta semata-mata.. Terdapat beberapa kes di mana gadis yang muda berkahwin dengan lelaki yang telah layak untuk digelar datuk( bukan datuk pangkat) .. Dan ada antara mereka yang memikirkan harta yang dapat melalui perkahwinan tersebut.. Rasanya yang ini semua orang tau.. Mata mereka dibutakan oleh duit dan harta…

4. Situasi ini lagi teruk.. Individu berpasangan dengan pasangan yang berjantina sama??? Kenapa ?? Apakah yang telah menyebabkan mata mereka buta?? Adakah tidak cukup lelaki/wanita di muka bumi ini?? Hanya mereka-mereka yang boleh menjawabnya..

5. Yang terakhir sering kita lupa.. Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??


Okay saya rasa cukuplah setakat ini.. Mungkin ada yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai dalam tulisan ini.. Adakah anda rasa cinta itu buta??? Komenlah erk…


Tuesday, August 17, 2010

Cinta Pandang Pertama

The story BEGIN..




Saya yakin dan pasti semua dikalangan kita akan melalui detik yang cukup istimewa di awal perhubugan cinta. Ada yang pada mulanya hanya kawan biasa dan secara tidak sengaja jatuh cinta.. Ada pula yang hanya kenalan biasa tetapi setelah lama bermesra akhirnya jatuh cinta jugak..
Bagaimana pula bagi anda yang jatuh cinta pada pandang pertama?!
Usah panik!, berikut adalah tips- tips yang mungkin berkesan untuk anda..
1. Bina komunikasi
Berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia dengan apa cara sekali pun. Hubungi si dia dan perkenalkan diri anda secara jujur. Berterus- terang kepada si dia mengenai niat anda untuk berkenalan. (Peringatan!Jangan sesekali cuba untuk berbohong mengenai identiti dan niat anda)

2. Ajak si dia untuk keluar bersama- sama
Satu- satunya cara nak mengenali si dia dengan lebih lanjut adalah mengajak si dia untuk keluar bersama anda. Anda boleh mengajak si dia untuk menonton wayang, makan malam, ataupun bersiar- siar di pusat membeli belah. Sepanjang detik itu, cuba untuk mengenali si dia dengan lebih lanjut. (Peringatan!: Jangan terburu- buru untuk megatakan yang anda telah jatuh cinta, ingat kembali niat pertama anda.. sekadar untuk berkenalan)
3. Kekalkan momentum hubungan anda dan si dia
Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia. Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari- harinya sering bersama dengan anda, dan banyaka lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan. (Peringatan!Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! miliki si dia segera!!!)
Jika hasilnya negatif, usah risau… Ulangi tips 2 dan 3 sehingga anda mendapat respond yang positif.. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain, sentiasa ingat.. Jalan pasti ada mesti ada Cara!

Salam Cinta dan Kejayaan!

Monday, August 16, 2010

Sahur pd 16/08/2010

The story BEGIN..

Sahur 16/08/2010 (6th of Ramadhan)


Menu:
1. Makanan : Nasi Goreng
2. Minuman : Kopi Ais Kaw Kaw Punyo

Harga = RM 4.00

Nasi Goreng = RM 3.00

Kopi Ais = RM 1.20

Buka Pose 5th Ramadhan

The story BEGIN..


Menu bukak pose 5th ramadhan..(15/08/2010)


Makanan : 
1. Nasi Kerabu
2. Kebab
3. Murtabak


Minuman :
1. Air Tebu
2. Air Jagung


Harga :
1. Makanan : RM 8.00
2. Minuman : RM 2.00
    Total       : RM 10.00

Nasi Kerabu = RM 4.50

Kebab = RM 2.00

Murtabak = RM 2.00

Air Tebu = RM 1.00

Air Jagung = RM 1.00

Sahur 5th Ramadhan ( 15/08/10 )

The story BEGIN..

Sahur ke-5 of Ramadhan..

Lokasi : Restoran Nasi Kandar Aastana

Menu Makanan : Roti Canai Biasa + Roti Telur
Menu Minuman : Air Nescafe Ais

Harga  : RM 4.00

Roti Canai

Roti Canai Telur

Nescafe Ais

Chelsea win the 1st game..

The story BEGIN..

The First game between CHELSEA and WEST BROMWICH ALBION..

 VS


The game ended with Chelsea win 6 - 0 over West Bromwich Albion..

The Scorer :-

6'    [1 - 0]    F. Malouda

45'    [2 - 0]    D. Drogba

55'    [3 - 0]    D. Drogba   

63'    [4 - 0]    F. Lampard

68'    [5 - 0]    D. Drogba

90'    [6 - 0]    F. Malouda

Saturday, August 14, 2010

Buka Pose 3rd Ramadhan..

The story BEGIN..

Buka Pose + Sahur pd 3rd Ramadhan..(14/08/2010)


Menu Makanan :
1. Nasi Lemak Kukus + Ayam Goreng
2. Chicken Chop
3. Murtabak


Menu Minuman :
1. Air Cendol
2. Air Epal


Harga:
1. Makanan : RM 9.80
2. Minuman : RM 2.50
    Total       : RM 12.30

Nasi Lemak Kukus + Ayam Goreng = RM 3.80

Chicken Chop = RM 4.00

Murtabak = RM 2.00
Air Cendol = RM 1.50
Air Epal = RM 1.00

My DREAMS..!!!

The story BEGIN..

The BOND..hope it comes to me..


My DREAMS..
1. MITSUBISHI LANCER EVOLUTION 9


 2. YAMAHA CONVERT R6



3. ALIENWARE NOTEBOOK
 



Sahur 14/8/2010

The story BEGIN..

Aku X sahor..
Telajak tdow..
Pas2,bgun lewat..
Satu hari di atas tilam..
Ape nk jadi.???
Puasa2x.. 

 

Friday, August 13, 2010

Kisah Penyamun yang ditumpaskan oleh seorang "TOYOL".. (",)

The story BEGIN..

Kisah yg sangat bermakna buat seorang insan yg digelar SHAMIR STONER a.k.a TOYOL..


Who's SHAMIR STONER????
This is he..???no..no..this is TOYOL..
This is the real hero of the day : SHAMIR STONER..
Alkisah,pada suatu pagi yg hening,sedang dya menunggu giliran utk membeli burger,kedengaran suatu bunyi yg agak merangsangnye utk dya mengetahui apekah bunyi itu..Lantas selepas itu,muncul beberapa orang lelaki sdg mengejar beberapa lelaki lain..Namun,dye x mengetahui ape yg tlh berlaku sbnarnye..

Aksi Kejar-mengejar..chayok2x!!!
Kedengaran satu suara yg menjerit " Woi,kejar !!! Penyamun x guna..Kejaq dya.. "..Lantas tnpa berlengah,dye trus mengejar beberapa lelaki yg sbnarnye penyamun..Dye begitu semangat utk menumpaskn lelaki2 tersebut..Kejar dan terus mengejar..Namun,trdapat kejadian yg x diingini berlaku..dye alami sdikit kmalangan sewaktu mengejar penyamun tu..

HERO terjatuh sewaktu mengejar penyamun..

Tapi,x dihiraukn sakitnya..Trus mengejar..Akhirnya,3 daripada 5 org penyamun tumpas di tangan SHAMIR dan beberapa org lelaki lain yg turut sama mengejar.Penyamun tersebut telah dibelasah teruk sehinggakan salah seorang daripada penyamun tersebut dikatakan kepala kepala nya akibat damaged dari pembelasahan yg tlh berlaku..haha..Padan mke..Shamir begitu bangga kerana dpt menumpaskn mereka.

Keadaan penyamun2 ketika dibelasah..
Mirip keadaan penyamun yg dikatakan dibelasah teruk sehingga pecah kpale..

Lilypie Angel and Memorial tickers



Link Untuk Cerita Laen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...